Skip to content

kenangan masjid ubudiah.

October 7, 2008

Baru sahaja ingat mahu bikin post selepas selesai peperiksaan akhir semester.Tapi nampaknya keinginan untuk aku mencoret nampaknya tidak dapat ditahan-tahan.

Seminggu yang lalu aku pulang ke kampung ku sebelah perak,kuala kangsar.Daya tarikan utama di sini selain daripada istana iskandariah yang menjadi mercu tanda kuala kangsar nan megah ini ialah tak lain dan tidak bukan masjid ubudiah.The golden dome yang sentiasa bercahaya tidak kira siang dan malam sentiasa menjadi kebanggaan kami penduduk jati orang kuala kangsar *mind you,I’ve been living there for 7 years before transfered to rawang,ipoh and putrajaya*

Oh,aku bukanlah mahu bercerita pasal kampung aku ini.Dan juga bukan untuk berbangga-bangga diri *selit selit sikit ada lah* cuma sedikit reminiscence mengenai sembahyang terawih aku di masjid ubudiah.

Aku sudah mula bersembahyang terawih penuh di masjid ubudiah sejak darjah 4.Sejak aku membawa beg tweety warna pink untuk mengisi sejadah kecil dan telekung ketika itu sehinggalah sekarang pakai siap telekung dan membawa sejadah muka sehelai sepinggang,jarak masa antara dua zaman itu terisi dengan banyak kenangan dan memori indah yang tak mungkin dapat aku lupakan.

Aku masih ingat ketika masih hingusan dahulu,sering sahaja mengusya bekas teman lelaki aku di luar perkarangan masjid.Dia sering melepak bersama rakan-rakan sekelasku yang lain di tepi kolam depan masjid.Kemudian,kami berbalas senyum dan aku jadikan cerita itu sebagai alat untuk membuatkan teman lelaki aku pada waktu itu *sekarang sudah jadi bekas* untuk berasa cemburu terhadapku.Dan nampaknya plan aku berjaya.Memang sangat hingusan.Tidak mungkin aku ulang benda ini di masa akan datang.Buat malu saja.

AKu rajin sembahyang terawih penuh.Tapi,kadang kala di zaman kanak-kanak,biasalah.Dah jumpa teman-teman sekelas,di mana-mana sahaja sentiasa mencari peluang untuk bermain bersembang dan bergurau senda walaupun sudah berjumpa siang hari tadi di kelas.Bila aku mahu sembahyang 8,aku akan minta izin mak aku.Nampak macam kampung tapi itulah hakikat.Hoho.Kemudian,bila ada peluang bermain-main selepas selesai solat terawih,memang aku sakanlah kan.Berjalan sana sini sekitar masjid.Ada sekali itu,aku bersama teman baik aku ketika itu,syarafina namanya,pergi geledah tingkat atas masjid.Kami jumpa kayu balak yang sangat besar di atas.Imaginasi liar aku ketika itu : ada mayat di dalam kayu balak itu.Kemudian mulalah aku teringat cerita hantu yang orang pernah nampak berkeliaran di keliling masjid.Entah betul entah tidak.Bukan hantu lari ke masa orang azan? hmphhh.

Apa lagi ya memori indah sembahyang terawih di masjid ubudiah?

intai budak lelaki,sudah.Bermain di perkarangan masjid,sudah.Curi makan moreh selepas terawih,sudah.Membuat onar di masjid,sudah.Itu semua zaman kanak-kanak.

Kali terakhir aku pergi,tidak banyak yang berubah.Cermin yang aku selalu tengok untuk membetulkan telekung aku 9-10 tahun yang lalu masih berdiri teguh.Dan aku masih lagi dengan habit melihat cermin tersebut untuk membetulkan telekung aku.Apa yang berubah? raut wajah la beb,hahahaaaa.

Masjid ini memang memberi aku banyak kenangan.Memori etc.

Oleh itu,Selamat Hari Raya ‘Aidilfitri 1429 Hijrah.

Advertisements
12 Comments leave one →
  1. October 8, 2008 9:46 pm

    huuuuuu masjid ubudiah..lame dah x pegi..bile la nk jejak kaki g sane lg..
    woowww..i never knew u have soo many ‘teman lelaki’..
    kene story mory ni..after ur exam k?
    ekh..after MY exam..ekekek

  2. mysourha permalink*
    October 8, 2008 10:30 pm

    wanis:hahahaaaa,bile ko pegi msjd ubudiah? teman lelaki maen maen ade la kot,bekas la tapi,hahaha.alrighty,i’ll wait till ko da abes xm 😀

  3. October 10, 2008 10:18 pm

    ko lupa satu.. tangkap riang-riang kat spotlight.

    eh lupa. budak perempuan mana tangkap riang-riang. hahaha.

  4. mysourha permalink*
    October 11, 2008 1:23 am

    lan:hahaha,seingat aku tak pernah lagi aku pegi tngkp riang riang kt spotlight,geli dow,tapi cant deny la,bnyk gile ah riang riang time tu,cuak gile kot if binatang tu masuk dlm telekung time smbhyang,haha.

  5. umn permalink
    October 12, 2008 5:41 am

    salam aidilfitri.. aku round2 KK lpas abes form 5 dgn parents. lawat jap masjid nie, tapi xmasuk.. entry ko nie ble buat aku rindu giler kt tpg.. cis.. btw, nie gambar raya kat sini http://shahstudio.fotopages.com/.. disclaimer: bukan website aku nie, nie website senior master guna dslr.. 😀

  6. mysourha permalink*
    October 14, 2008 11:28 pm

    tan:selamat hari raya juga!! maaf zahir batin 🙂 hehe,ko rindu tpg ye,mari la balik ke msia,hahaha, aku da usya gmba raye ko,sesungguh nye tan,ko sgt berubah! aku tgk gmba tu 3-4 kali kot nk cari ko,nmpk nye ko da makin comel skrg 😛 bahagia ekh? hihi,that’s good 🙂 kurus kurus sebab stress pn bukan bgs sgt.hah~ btw,ade one thing yg keeps bugging me after i’d saw ur gmba2 raye,ade mamat tu,sgt cutttttttttteeeeeeeeeeeeee,can’t resist la tgk gmba2 die,hehehe *gtl mode for a moment*

  7. umn permalink
    October 15, 2008 10:54 am

    after 2 midterm yesterday: apakah perasaan jika kertas xm tue dihantar sepertimana keadaanya anda terima melainkan tercatatnya nama n student id? classmate: “did i so stupid? cant answer even one question”. mmg xterduduk r klo xm camni..

    cis.. cikgu saadah pn ada ‘perli2’ aku time kol dia baru2 nie.. haha.. hurm, mamat mana yg buat member aku nie xsenang duduk? hehe.. meh aku tlg trykan.. huwa2..

  8. umn permalink
    October 15, 2008 10:55 am

    *mmg terduduk r klo xm camni..

  9. mysourha permalink*
    October 16, 2008 3:27 am

    tan:hah,yekee,ko xm mcm tu ke ape? heeee,sian ko,tkpe tkpe,saba yeh,ko ni asyik xmmmmmmm jeeeee,x penat ke? ish ish. haaaa,mamat cute tuuu,ishh,cute sgtttttttt,berpeluh2 aku tgk gmba die,ahahaha,gile ah melampau,tkde la smpai mcm tu,tp die cute la,die ad dlm gmba mane nth,tp pakai bj itam,suar jeans kot,and btw,awat bj raye ko x mcm baju raye pn weh??

  10. umn permalink
    October 16, 2008 11:42 am

    tue r.. mmg sronok braya dgn xm nie.. sok ada lagi satu paper, next week lagi satu.. waa, bile nk wat kek batik raya nie. raya pun nk abes dah.

    berpeluh2? pergh, xble blah nie.. baru jumpa dia tadi. huwa, ko mmg terer bab cari org handsome nie. fyi, ayah dia american, mak dia org kuantan. baik orgnya, dan dia antara paling senior kat sini. respect abes kat dia coz dia bekerja utk tampung blajar kat sini. mahal pengalaman tue.. berminat? haha..

    k la.. sok ada exam fabrication. cara2 buat ic utk mass production. mmg penin..

  11. mysourha permalink*
    October 21, 2008 11:46 am

    tan:i’m surely interested in him,gile hot kot,kahkah,if he accidentally read this entry mmg naya lah aku oi!! alaa,ko ni tan,raye mkn kek batik je? ape kelas weh,paling2 kurang kuih tart ke,semperit ke,kuih makmur ke dll tu br rs suasana raye! 😀 btw gdluck in ur xm yeah! byk sungguh xm2 ko ni,aku tumpang sadisssssssss.

  12. anis suraya permalink
    May 31, 2011 7:08 pm

    aku sekolah kat madrasah idrisiah…so dekat jer la ngan masjd ubudiah tu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s