Karox.

Last week tanggal 25hb July aku bersama rakan-rakan ku yang lain telah bersungguh pergi ke JJ Balakong.Semata mata untuk..

Berkaroke~!

Lama gila kot tunggu chance untuk berkaroke ni.Dari first week of buka new sem.Until now,dah masuk week six,baru ada masa dan tenaga untuk ke sana.So,here we go karox!

Pergi after sembahyang jumaat,sebab kena tunggu si Fatah pula.Kuyu tak dapat join sebab pergi over the sea.

Akhirnya,pergi dapat bilik yang besar gila.Hanya untuk empat orang.Gila seronok tak terkira dan tidak boleh dikira dengan jari-jemari termasuklah jari kaki.Kami pun menyanyi dan melalak lalak dengan gembiranya selama 3 jam ye.

fatah penuh semangat,kerispatih tu~ :P

ini aku tak tahulah sebab apa si dynat nak menangis,feeling terlebih kot.

disebabkan aku dan ika tak dapat snap gambar time nyanyi that day,so aku upload gambar from the previous session berkaroke bersama-sama dengan kak long and sherry.

we had fun that day.

So funny that in the end,I felt sad about it.

*hanya aku yang tahu*

After karox,perut lapar gila macam haram.Sebab dari pagi tak makan.Bangun pun dah tengahari.Kelas pukul 8 pun tak pergi.Oh Foo! maafkan kami! Tapi kami selamba je.

Ika,please,makan dekat pinggan sendiri ye? ngeh ngeh.

begitulah aku menghabiskan masa pada hari jumaat.Di kala otak serabut,stress,dengan pelbagai godaan dan cubaan,aku cuba untuk bangkit dan bergembira.Huha~

itu sahaja.

FIN.

gundalan.

….and still counting….

Program YTM.

Bangun seawal 7 pagi pada hari sabtu semata-mata mahu menghadiri perjumpaan bersama Yayasan Telekom Malaysia.Aku mengharapkan ada berita gembira yang bakal disampaikan oleh Encik Bahagia bersama konco-konco YTM yang lain.Contohnya seperti kenaikan elaun dari RM600 sebulan ke RM1000 sebulan.Bukankah mashyuk? Namun,itu hanya mimpi indah dari dunia fantasi aku yang liar sahaja.Mana mungkin RM1000 sebulan? Tolonglah ye,berpijak di bumi yang nyata.

Tibanya di kampus lebih kurang tepat jam 815 pagi,bergegas ke bangunan FOM.Melihatkan keadaan lecture room itu,sudah penuh dengan rakan-rakan yang lain.Tempat mendaftar pula jauh nak mampos,hujung dunia kot.Terpaksa masuk bilik itu melalui pintu yang lain.Tiba-tiba,

“haa,ni nak pergi mana ni?” suara suspicious dan penuh warning.

“aaa,nak pergi program ytm la” jawab aku.

“masuk masuk dalam bilik ni” kata si dia lagi.

Si dia yang dimaksudkan adalah encik Bahagia.Dia mesti ingat aku dengan dynat sengaja nak escape dari join program pagi tu.Hadoi.Lalu,setelah habis mendaftar dan mencari tempat duduk,5th row dari depan ye,sungguh kagum dengan diri sendiri *tepuk-tepuk* aku pun menumpukan segala konsentrasi dan fokus kepada sang penceramah iaitu prof madya apa entah,tak ingat pula nama.

Yang aku tahu,aku tidak mengantuk sepanjang ceramah motivasi *sila baca motibasi* nya.Aku masih ingat lagi setiap input-input yang dilontarkan oleh beliau.Contohnya mangkuk ayun,mangkuk rezeki dan mangkuk tandas.Baru sekarang aku tahu mangkuk-mangkuk tersebut tergolong dalam kumpulan yang sama.Hoho.Kemudian,sesiapa yang datang lambat dan mempunyai attitude sebegitu,disarankan agar bersunat sekali lagi kerana mungkin doktor atau tok mudim yang menjalankan upacara berkhatan itu tidak memotong sepenuhnya,well,you know what I mean.Secara terus-terangnya *baca frankly speaking*  si penceramah ini banyak juga buat lawak lucah,tak paham betul aku.Terpaksa aje lah gelak-gelak super kuat sampai muka jadi merah.

Setelah tamat program motivasi,ada sessi bersama,oh well,aku tidak tahu apa pangkatnya namun dia salah seorang orang kuat YTM.Katanya ada berita baik dan berita buruk.Mari aku ringkaskan apa beritanya.

Berita Baik:

  • Permulaan gaji bagi pelajar yang sudah bergraduasi dan bekerja di bawah TM (untuk pelajar tajaan) adalah RM2400 *tidak berapa gembira bagi aku,biasa sahaja*
  • Pelajar tajaan boleh bekerja dengan GLC selain dari TM jika ada replacement.Kononnya,jika aku pelajar yang mengambil jurusan elektrikal,aku boleh memohon untuk bekerja di TNB asalkan ada replacement. *bagus juga,aku bercadang mahu bekerja di menara maxis*

Berita Kurang Baik:

  • Seperti biasa,peringatan untuk mereka yang mempunyai cgpa di bawah 3.0 *aku lah tu* perlu berhati-hati.Termination bakal berlaku.Mungkin hujung tahun ini. Aku berdoa sahajalah.Hanya buat mana yang aku mampu.Tidak perlu memaksa diri untuk membuat sesuatu di luar kuasa aku.

Tepat jam 1130,setelah berebut-rebut mengambil makanan *2 karipap+1 botol mineral+1 bungkus nasi lemak+telur sebiji+ayam* aku bergegas ke grandhall pula untuk launching Friendship Day.Hanya untuk IPTS di seluruh Malaysia.Nasib baik U** tak join.Kalau tidak?

Sekian,selamat hari sabtu guys ;)

Hottest hunks.

Too Hot Too Handle.

Half-Conservative.

Banyak perkara yang berlaku di muka bumi ini.Ada yang boleh diterima akal.Ada yang kita boleh campak fakta itu bulat-bulat ke dalam tong sampah.Hanya akal dan minda kita boleh membezakan yang mana benar,yang mana salah.Mana hak,dan mana yang batil.Aku juga bukan sepenuhnya non-konservatif dalam semua perkara.Orang boleh cakap aku kolot tapi apa yang aku fikirkan dan tindakan aku ke atas pemikiran aku itu adalah bertitik tolak dari gaya aku mencerna maklumat tersebut,mungkin juga ia logik,mungkin tidak.Ya,aku masih 21 tahun,masih kurang membaca,masih kurang menuntut ilmu dunia.Aku masih punya displin untuk mengehadkan segala tindak tanduk aku dalam menjalani kehidupan seharian. Namun,konservatif itu subjektif.Mungkin apa yang aku tidak boleh terima,mungkin kamu boleh,vice versa.Terpulang kepada hak individual masing-masing.

1.Tudung.

Nampak sahaja remeh *hal musabab agama,mana boleh diremeh-temehkan* namun ini salah satu perkara yang sangat obvious yang aku boleh nampak dikalangan rakan-rakan aku.Sekejap on,sekejap off. Ikut suka hati dia sahaja nak tutup buka,macam makan kacang lagaknya.Aku tidaklah anti golongan manusia seperti ini namun ada sedikit rasa jelek di dalam hati aku,melihatkan perangai yang sedemikian rupa.Nak buka,buka terus,nak tutup,tutup terus.Biar konsisten,biar istiqamah dalam sesuatu hal contohnya seperti ini.Aku bukannya baik sangat,ada juga pernah terfikir “entah-entah buka tudung lagi menarik kot? ” nauzubillah,minta dijauhkan.Aku cuba untuk menjadi baik,jangan halang aku,ok? Untuk permulaan,cuba untuk pakai tudung dan tutup dada dahulu.

2.Aku tidak minum beer.

Orang kata,muda-muda inilah masa untuk bersuka ria.Girang gembira,cuba itu ini.Gam,kokain,ganja,rokok *sila baca nikotin,itu dadah,ya bukan? * semua yang mengkhayal lagi mengasyikkan.Beer salah satunya.Buat hilang stress,mereka kata.Sedap sangatkah beer?Oh,jangan tanya aku kerana aku tidak pernah sekalipun merasai air penghilang stress itu.Tidak tahu pula suatu hari nanti ada orang sengaja memboikot aku dengan menawarkan air itu kepada aku di dalam cawan yang nampak innocent sahaja.Namun,aku teringin untuk mencuba shisha.Mesti sedap sebab ada pelbagai perasa yang enak-enak.

3.Aku masih suci.

Suci dari erti kata lain,tidak pernah melakukan s*** atau zina.Zina kecil,mungkin pernah.Iskh.Mereka kata,zaman sekarang,tak buat s*** itu kolot.Pandai-pandai buat statement macam itu.Sudah lama hidup agaknya.

4.Aku tidak high sosial.

Aku tidak pandai bergaul sakan.Cuma dengan rakan terdekat sahaja tahu perangai aku yang sebenar.Jika tidak,kiss my ass.Eh,bukan.Jika tidak,mereka akan menganggap aku seorang yang sombong dan tidak berapa peramah.Untuk menjadi peramah ada banyak cara.Peramah gedik adalah yang paling cepat untuk bersosial,dalam pemerhatian aku.

5.Aku tidak baca akhbar Harakah.

Sengal dalam arena politik.Aku tidak kisah.Asalkan aku nonkrong debat antara Anwar dan Shabery Cheek.Seorang tidak ada pun point-point yang jelas untuk menurunkan harga minyak.Yang seorang lagi,suka menerjah dan menyalahkan keperibadian pihak lawannya.Haa,baguslah tu.

6.Aku tidak tahu fashion semasa.

Aku melanggan majalah CLEO setiap bulan.Namun,cakaplah apa sahaja jenis fashion.Vintage,hispter etc.Aku tidak tahu apa-apa.Aku cuma tahu pakai apa yang selesa bagi aku dan sedap mata AKU memandang.Peduli apa orang lain yang pandang.

7.Aku masih setia menunggu.

Di saat semua orang sudah bertukar ganti,aku masih setia menunggu.Oh,tetapi sekarang tidak lagi.Blekh.Aku akan menjadi kuat,konon-kononnya.

8.Aku tidak pernah berdating berdua.

Bila ada dua insan yang berlainan jantina duduk berdua-duaan dan bukan mahram *pergi shopping atau ke taman bunga,sungguhpun ada orang lain,namun kamu berdua sudah tentu gerenti berada di dunia yang kamu ciptakan sendiri bukan? kira berduaan jugalah tu* maka,wujudlah pihak ketiga,bukan si perampas,tetapi makhluk bertanduk dua syaitan laknatullah itu sedang menepuk-nepuk tangan sambil menambahkan nafsu serakah dalam diri si perempuan dan si lelaki.Iye,aku memang bijak berkata.Cuba kena atas batang hidung aku sendiri? Nauzubillah.

9.Aku meniru gaya blogging seorang blogger dan juga entry-nya.

Aku cuba meniru gaya seorang blogger berblogging di blognya.Wah,banyaknya B L O G.Credit harus diberikan kepada beliau kerana memberi aku idea sehingga tercetusnya entry ini walaupun ada sedikit isi di atas dicedok dari entry beliau.Sedikit sahaja,mind you. Terima kasih kepada beliau.Sekurang-kurangnya otak aku ligat memikirkan apa yang sepatutnya aku fikirkan.

Sekian,itu sahaja dari aku.Mungkin ada point yang aku tertinggal.Tapi,aku masih separuh konservatif.Bukan sepenuhnya.

Biarkan.

Aku tertekan.

Tertekan dengan isu semasa.

Tertekan dengan alam pembelajaran.

Tertekan dengan perkara yang melibatkan emosi dan perasaan.

Tertekan dengan rutin harian.

Aku bagaikan terkurung dalam bilik sempit yang kecil dan gelap.

Terkurung dengan masalah yang sedia ada.

Aku perlu menghilangkan rasa tekanan ini.

Aku ingin memandu kereta F1.

Biar aku pandu,dan terus pandu tanpa henti.

Biar aku tidak perlu menekan brek.

Biar rasa marah ini hilang.

Biar aku puas.

Biarkan.

Biar.

ponstan oh ponstan.

dearie bloggie,

I had failed,once again for this past couple of months.This cramps that I have,because of PMS is driving me nuts.I have to be on pill each and everytime I have my PMS.Chronic gila oke sakit,tak tahan.

I had tried not to eat ponstan everytime I have ‘my day’.But,that was soooooo impossible.Oh no! Not saying that I am addict to that pills,but I’m becoming much more dependable to it.When the time arrive,I will have the dialog “Mana ponstan? mana ponstan? ” that I’ll keep on repeating it until I had telan that ubat,hadoi.

Dulu makan panadol aje.Then,pergi pharmacy,the pharmacist suggesting this ponstan la kan.So,since that day la,if I am having menstrual pain *oh oh,every month actually* so I’ll eat this medicine.It’s been a habit for this 2-3 years back until now.

Until one day,my beloved aunty had told me the side effect of taking those pills.Urgh,I am having too much of ponstan.She told me about one fact je.

Mak uda: ada kawan mak uda tu dia nurse.Dia bagitahu yang ponstan ni banyak side effect.

Aku:Oh yea,such as?

Mak uda: it will hakis your stomach.

Aku: OMFG!

So,I’d furthered my research about ponstan.So,this little monster scientific name is mefanamic acid.I’ll just copy and paste the side effect here.

What’s ponstan used for?

Side effect

  • Disturbances of the gut such as indigestion, diarrhoea, constipation, nausea, vomiting or abdominal pain

  • Headache

  • Dizziness

  • Drowsiness

  • Skin rashes

  • Visual disturbances

  • Retention of water in the body tissues (fluid retention), resulting in swelling (oedema)

  • Awareness of your heartbeat (palpitations)

  • Ulceration of the stomach or intestines

  • Bleeding from the stomach or intestines

  • Inflammation of the pancreas (pancreatitis)

  • Allergic reactions such as severe skin rashes, swelling of the lips, tongue and throat (angioedema) or narrowing of the airways (bronchospasm)

  • Kidney, liver or blood disorders

full information,please go directly to this website

oh oh,and if anyone ask me which one is less harmful,is it ponstan or the panadol medicine color pink tu (I don’t know the name) well,I have no idea at all.Consult with your doc.

For the time being,I’ll try the traditional way to reduce this cramp thing.Such as,drink lots of air suam and sapu minyak panas je kot.

If tak tahan sangat,hmmmm,PONSTAN ! here I come ! hehe.

tagged.

been tagged by intan.so here it goes.

1) What is the most important thing in your life?
family,friends,extra 10 friends,money,agamaku,health.

2) What is the last thing that you bought with your own money?
wan tan 2 cucuk berharga rm2.40

3) Where do you wish to get married?
venice.

4) How old do you think you will be permanently owned by your love?
25.

5) Are you in love?
same as intan,it’s complicated.

6) Where was the last restaurant you had dinner?
SOHO at bangi.

7) Name the latest book that you bought?
PS I love you.

8)What is your full name?
Maisarah Mohd Ridzwan

9) Do you prefer your mother or father?
Both

10) Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
Oh,defenitely someone that I can’t tell in public.

11) Christina or Britney?
Sexyness and sensation-britney Powerful voice-christina so defenitely both.

12) Do you do your own laundry?
no,since my family moved to putrajaya,every week hantar baju kotor ke rumah.

13) The most exciting place you want to go?
Frankly speaking,gold coast,australia.

14) Hugs or kisses?
ohhhhhh,can I have both?

15) Point out 5 things about the person who tagged you.

1.dia kiut.
2.dia ade blog name kitokiut.
3.dia orang kedah
4.dia ada kete wira.
5.dia duduk di hostel,ngeh4

16)8 things I am passionate about:
1.music.
2.money.
3.shopping.
4.reading.
5.makan.
6.guitar.
7.extra 10.
8.sleep.

17)8 things I say too often:
1.mcm setan
2.harapan je la kan.
3.siak gile.
4.hampeh.
5.alhamdulillah.
6.kewl gile.
7.Ya Allah.
8.astagfirullah.

18)8 books I’ve read recently:
1.adam dan hawa.
2.selagi ada kekasih.
3.CLEO.
4.
5.
6.
7.
8.saya bukan ulat buku.

19)8 songs I could listen to over and over again:
1.vocalizing gita gutawa.
2.love song-sara
3.vienna-the fray
4.violet hill-coldplay
5.forever-chris brown
6.when you look me in the eyes-jonas bro feat aly&aj
7.aku bukan untukmu-zaf&lah
8.always be my baby-david cook

20)8 things I learned last year:
-ahhhh,malas nak pikir.

21)8 persons to be tag;

-pun malas nak fikir,hahaaahaa.

Kaget.

Hidup ini misteri.

Setiap hari kita tertanya-tanya apa yang bakal terjadi.

Esok,lusa,tulat dan seterusnya tanpa henti.

Apa yang kita tahu,hidup ini bukan selalunya naik.

Adakalanya kita turut tersadung dan jatuh tersembam ke bumi.

Kita sentiasa mengharapkan yang indah belaka.

Tetapi,kadang kala mengharap itu turut memakan diri.

Hidup tidak selalunya indah.

Yang indah itu hanya sementara.

Namun,siapa yang mahu sentiasa hidup di dalam kesedihan?

Jika ditanya empunya badan sendiri pun,setiap hari berdoa agar kehidupan sentiasa lancar dan sempurna.

Tetapi,siapa kita untuk menidakkan kekuasaan-Nya?

Setiap dugaan yang diturunkan oleh-Nya mengajar kita erti tabah dan bersyukur dengan apa yang ada.

Walaupun perit,perlu ingat setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Berdoalah agar dihilangkan rasa dukacita di dalam diri.

Berdoalah agar dibukakan pintu hati kita untuk melihat apa yang tersembunyi selama ini.

Berdoalah agar ditenangkan hati ini dalam menempuhi segala cabaran di alam fana ini.

Semoga kita tidak menyimpang.

Allah itu Maha Kaya.

Tetapkan iman di dalam hati.

Luaskan pandangan,luaskan minda.

Masih banyak yang perlu kita hadapi.

Dan jauhkan kesedihan yang dialami.

Kebahagiaan bakal menjengah juga bila tiba masanya.

Bersabarlah!

Umur Saya 21.

Selama aku hidup di dunia ini,

walau sebenci-benci pun aku dekat seseorang hamba Allah,

tak pernah pula terlintas dalam hati aku nak menjatuhkan air mukanya.

Blekh.

« Previous entries · Next entries »