tahniah.

Tahniah kepada Lee Chong Wei.

Satu lagi langkah untuk mendapatkan pingat emas.

Kita sama-sama doakan yah :)

Program YTM.

Bangun seawal 7 pagi pada hari sabtu semata-mata mahu menghadiri perjumpaan bersama Yayasan Telekom Malaysia.Aku mengharapkan ada berita gembira yang bakal disampaikan oleh Encik Bahagia bersama konco-konco YTM yang lain.Contohnya seperti kenaikan elaun dari RM600 sebulan ke RM1000 sebulan.Bukankah mashyuk? Namun,itu hanya mimpi indah dari dunia fantasi aku yang liar sahaja.Mana mungkin RM1000 sebulan? Tolonglah ye,berpijak di bumi yang nyata.

Tibanya di kampus lebih kurang tepat jam 815 pagi,bergegas ke bangunan FOM.Melihatkan keadaan lecture room itu,sudah penuh dengan rakan-rakan yang lain.Tempat mendaftar pula jauh nak mampos,hujung dunia kot.Terpaksa masuk bilik itu melalui pintu yang lain.Tiba-tiba,

“haa,ni nak pergi mana ni?” suara suspicious dan penuh warning.

“aaa,nak pergi program ytm la” jawab aku.

“masuk masuk dalam bilik ni” kata si dia lagi.

Si dia yang dimaksudkan adalah encik Bahagia.Dia mesti ingat aku dengan dynat sengaja nak escape dari join program pagi tu.Hadoi.Lalu,setelah habis mendaftar dan mencari tempat duduk,5th row dari depan ye,sungguh kagum dengan diri sendiri *tepuk-tepuk* aku pun menumpukan segala konsentrasi dan fokus kepada sang penceramah iaitu prof madya apa entah,tak ingat pula nama.

Yang aku tahu,aku tidak mengantuk sepanjang ceramah motivasi *sila baca motibasi* nya.Aku masih ingat lagi setiap input-input yang dilontarkan oleh beliau.Contohnya mangkuk ayun,mangkuk rezeki dan mangkuk tandas.Baru sekarang aku tahu mangkuk-mangkuk tersebut tergolong dalam kumpulan yang sama.Hoho.Kemudian,sesiapa yang datang lambat dan mempunyai attitude sebegitu,disarankan agar bersunat sekali lagi kerana mungkin doktor atau tok mudim yang menjalankan upacara berkhatan itu tidak memotong sepenuhnya,well,you know what I mean.Secara terus-terangnya *baca frankly speaking*  si penceramah ini banyak juga buat lawak lucah,tak paham betul aku.Terpaksa aje lah gelak-gelak super kuat sampai muka jadi merah.

Setelah tamat program motivasi,ada sessi bersama,oh well,aku tidak tahu apa pangkatnya namun dia salah seorang orang kuat YTM.Katanya ada berita baik dan berita buruk.Mari aku ringkaskan apa beritanya.

Berita Baik:

  • Permulaan gaji bagi pelajar yang sudah bergraduasi dan bekerja di bawah TM (untuk pelajar tajaan) adalah RM2400 *tidak berapa gembira bagi aku,biasa sahaja*
  • Pelajar tajaan boleh bekerja dengan GLC selain dari TM jika ada replacement.Kononnya,jika aku pelajar yang mengambil jurusan elektrikal,aku boleh memohon untuk bekerja di TNB asalkan ada replacement. *bagus juga,aku bercadang mahu bekerja di menara maxis*

Berita Kurang Baik:

  • Seperti biasa,peringatan untuk mereka yang mempunyai cgpa di bawah 3.0 *aku lah tu* perlu berhati-hati.Termination bakal berlaku.Mungkin hujung tahun ini. Aku berdoa sahajalah.Hanya buat mana yang aku mampu.Tidak perlu memaksa diri untuk membuat sesuatu di luar kuasa aku.

Tepat jam 1130,setelah berebut-rebut mengambil makanan *2 karipap+1 botol mineral+1 bungkus nasi lemak+telur sebiji+ayam* aku bergegas ke grandhall pula untuk launching Friendship Day.Hanya untuk IPTS di seluruh Malaysia.Nasib baik U** tak join.Kalau tidak?

Sekian,selamat hari sabtu guys ;)

Half-Conservative.

Banyak perkara yang berlaku di muka bumi ini.Ada yang boleh diterima akal.Ada yang kita boleh campak fakta itu bulat-bulat ke dalam tong sampah.Hanya akal dan minda kita boleh membezakan yang mana benar,yang mana salah.Mana hak,dan mana yang batil.Aku juga bukan sepenuhnya non-konservatif dalam semua perkara.Orang boleh cakap aku kolot tapi apa yang aku fikirkan dan tindakan aku ke atas pemikiran aku itu adalah bertitik tolak dari gaya aku mencerna maklumat tersebut,mungkin juga ia logik,mungkin tidak.Ya,aku masih 21 tahun,masih kurang membaca,masih kurang menuntut ilmu dunia.Aku masih punya displin untuk mengehadkan segala tindak tanduk aku dalam menjalani kehidupan seharian. Namun,konservatif itu subjektif.Mungkin apa yang aku tidak boleh terima,mungkin kamu boleh,vice versa.Terpulang kepada hak individual masing-masing.

1.Tudung.

Nampak sahaja remeh *hal musabab agama,mana boleh diremeh-temehkan* namun ini salah satu perkara yang sangat obvious yang aku boleh nampak dikalangan rakan-rakan aku.Sekejap on,sekejap off. Ikut suka hati dia sahaja nak tutup buka,macam makan kacang lagaknya.Aku tidaklah anti golongan manusia seperti ini namun ada sedikit rasa jelek di dalam hati aku,melihatkan perangai yang sedemikian rupa.Nak buka,buka terus,nak tutup,tutup terus.Biar konsisten,biar istiqamah dalam sesuatu hal contohnya seperti ini.Aku bukannya baik sangat,ada juga pernah terfikir “entah-entah buka tudung lagi menarik kot? ” nauzubillah,minta dijauhkan.Aku cuba untuk menjadi baik,jangan halang aku,ok? Untuk permulaan,cuba untuk pakai tudung dan tutup dada dahulu.

2.Aku tidak minum beer.

Orang kata,muda-muda inilah masa untuk bersuka ria.Girang gembira,cuba itu ini.Gam,kokain,ganja,rokok *sila baca nikotin,itu dadah,ya bukan? * semua yang mengkhayal lagi mengasyikkan.Beer salah satunya.Buat hilang stress,mereka kata.Sedap sangatkah beer?Oh,jangan tanya aku kerana aku tidak pernah sekalipun merasai air penghilang stress itu.Tidak tahu pula suatu hari nanti ada orang sengaja memboikot aku dengan menawarkan air itu kepada aku di dalam cawan yang nampak innocent sahaja.Namun,aku teringin untuk mencuba shisha.Mesti sedap sebab ada pelbagai perasa yang enak-enak.

3.Aku masih suci.

Suci dari erti kata lain,tidak pernah melakukan s*** atau zina.Zina kecil,mungkin pernah.Iskh.Mereka kata,zaman sekarang,tak buat s*** itu kolot.Pandai-pandai buat statement macam itu.Sudah lama hidup agaknya.

4.Aku tidak high sosial.

Aku tidak pandai bergaul sakan.Cuma dengan rakan terdekat sahaja tahu perangai aku yang sebenar.Jika tidak,kiss my ass.Eh,bukan.Jika tidak,mereka akan menganggap aku seorang yang sombong dan tidak berapa peramah.Untuk menjadi peramah ada banyak cara.Peramah gedik adalah yang paling cepat untuk bersosial,dalam pemerhatian aku.

5.Aku tidak baca akhbar Harakah.

Sengal dalam arena politik.Aku tidak kisah.Asalkan aku nonkrong debat antara Anwar dan Shabery Cheek.Seorang tidak ada pun point-point yang jelas untuk menurunkan harga minyak.Yang seorang lagi,suka menerjah dan menyalahkan keperibadian pihak lawannya.Haa,baguslah tu.

6.Aku tidak tahu fashion semasa.

Aku melanggan majalah CLEO setiap bulan.Namun,cakaplah apa sahaja jenis fashion.Vintage,hispter etc.Aku tidak tahu apa-apa.Aku cuma tahu pakai apa yang selesa bagi aku dan sedap mata AKU memandang.Peduli apa orang lain yang pandang.

7.Aku masih setia menunggu.

Di saat semua orang sudah bertukar ganti,aku masih setia menunggu.Oh,tetapi sekarang tidak lagi.Blekh.Aku akan menjadi kuat,konon-kononnya.

8.Aku tidak pernah berdating berdua.

Bila ada dua insan yang berlainan jantina duduk berdua-duaan dan bukan mahram *pergi shopping atau ke taman bunga,sungguhpun ada orang lain,namun kamu berdua sudah tentu gerenti berada di dunia yang kamu ciptakan sendiri bukan? kira berduaan jugalah tu* maka,wujudlah pihak ketiga,bukan si perampas,tetapi makhluk bertanduk dua syaitan laknatullah itu sedang menepuk-nepuk tangan sambil menambahkan nafsu serakah dalam diri si perempuan dan si lelaki.Iye,aku memang bijak berkata.Cuba kena atas batang hidung aku sendiri? Nauzubillah.

9.Aku meniru gaya blogging seorang blogger dan juga entry-nya.

Aku cuba meniru gaya seorang blogger berblogging di blognya.Wah,banyaknya B L O G.Credit harus diberikan kepada beliau kerana memberi aku idea sehingga tercetusnya entry ini walaupun ada sedikit isi di atas dicedok dari entry beliau.Sedikit sahaja,mind you. Terima kasih kepada beliau.Sekurang-kurangnya otak aku ligat memikirkan apa yang sepatutnya aku fikirkan.

Sekian,itu sahaja dari aku.Mungkin ada point yang aku tertinggal.Tapi,aku masih separuh konservatif.Bukan sepenuhnya.

mrsm taiping.

Someone asked me to write about mrsm taiping (oke la,fariez yang suruh,hehe) I mean like to reminiscence back what had happened back there in taiping.Frankly,to tell you the truth I don’t really much remember any important things or events that had been occured there.All I know,is I am a very dedicated student with full of brainy super genius classmates that makes me panas bontot bila tengok mereka struggle gila-gila punya (yela,aku kan dulu ada history class second last,tolong refer sini.So agak culture shock melihatkan gaya mereka study bagai nak rak oke)

Hmm,where to start.First thing first,apa yang aku cakap semua based on pengalaman aku.My point of view.Maybe point orang lain tak sama dengan aku,tapi pedulik haaapeeeeeeee kan,ngeh ngeh.If cerita aku meng intimidating any person for the reason only God knows why,sorry ye.Tiada intention apa-apa di sini untuk mengaibkan sesiapa.What past,is pass,wahaha. (konon-konon play safe laaa,kang ada orang sue aku tak ke naya tu)

Started my life at maktab,agak rough.Orientation week agak sengal.Awal-awal lagi dah kena ambush dengan micheal (nama yang famous untuk monyet-monyet di sana) where katil aku yang bercadarkan kain putih gebu bersih suci murni tu,telah dikencingkan dan diberakkan oleh micheal-micheal yang hareeeeemmmm jadahhhh,sabar je la,memang macam setan.Nak menangis pun,rasa macam kelakar je.Bukan homesick pun,cuma stress sebab kena buang najis monyet and basuh cadar tu balik,warghhh,tekanan di awal-awal kemasukan ke taiping.Tapi memang teruk lah if ada kes hostel diambush monyet.I still can remember the bau of seekor monyet (they will left us some bau lah,Don’t know how to describe tapi boleh recognize la bau nye,wuwu) Siapa yang tinggal makanan kat luar,hahah,memang memancing habis monyet-monyet tak guna tu.Katil kau confirm berselerak to make it worst maybe kena berak and kencing macam tempat aku.Kahkah.And,aku memang tak boleh terima la monyet monyet tak tahu malu ni.Dorang selamba yaya jelah kan make a ’scene’ secara public,like hello,dah la gatal,cari tempat private sikit boleh tak?

****************************************************************************

dulu aku memang takut gila lalu class belakang.Banyak betul case aku dengar,kena raba lah,apa lah,pergh,gila otai budak-budak class belakang ni.Tekong dia adalah,can’t be reveal,nanti tak pasal-pasal ada orang hantar ah long cekik aku,hohohoh.Nak jumpa BFF aku pun payah oke,hahaha.Sambil-sambil lalu class 13,usya-usya budak class RC,kahkahkah,tak boleh blah,gila naive betul dulu.Usya siapa?oh yeah,defenitely someone yang aku ada crush dulu,but sekarang takde dah,takde feeling dah pun,orang cakap dah heartless.

******************************************************************************

Secara jujurnya dan bangganya,aku mengaku class aku (404/504) antara class yang mempunyai bilangan students yang gempak gila result bagai nak terkeluar anak lutut bila belajar tapi pandai sumpah! Mula-mula 1st sem form 4 tak nampak lagi,pastu dah masuk budak-budak govern,macam lipas kudung study sebab tengok dorang gila hardcore time study.Result keluar,dah boleh detect siapa yang pandai siapa yang kureng (aku lah tu) siapa yang memerlukan bimbingan (aku lah tu) etc etc.Perghh,boleh gila juga duduk dalam class tu,stress kot tengok.The environment fuhhhhh,menusuk kalbu dan jiwa.Study study study,wawawa.Memang rasa lain if orang lain study,kita tak study,Nak tak nak,kena lah juga study kan? ehe,tapi terima kasih juga kepada mereka,sebab dorang punya habit yang kuat study lah membolehkan aku mencapai result agak oke dan above my expectation :) 1st sem form 5,class aku mendapat class terbaik overall (mengalahkan class RC dan class satu,hoyeah) with the most students yang dapat SPP (sijil penghormatan pengetua) aku rasa around 15 orang kot budak class aku,gila bangga oke sebab bila beratur nak naik stage,panjang jee line class aku,wahahaha *proud moment* tapi seronok lah,semua hardwork paid off,lega rasanya.

***************************************************************************

Masa awal-awal form 5,ada kes histeria yang sangat dahsyat telah berlaku,di kalangan perempuan je.Tapi budak lelaki yang agak lemah semangat pun kena gak.I remembered,one night,time tengah borak-borak dengan nisah dekat kiub paling hujung sekali (sebab takde orang duduk situ) I am blankly stared outside the window usya pokok pisang,then tiba-tiba ada orang lari lari buka lampu dorm.Pastu lari dari kiub ke kiub suruh baca yassin.Memang gawat gila time tu.Aku pun gelabah ayam la sarung sweater ambil air sembahyang (eh,aku sempat ke ambik ekh? ) then baca yassin ramai-ramai.TIme tu inkuiri sangat tinggi nak tahu siapa yang kena,pastu orang cakap mende tu berjangkit,pergh,lagi takut.Jangan tengok mata.Aku pun memang takde langsung buat eye contact dengan sesiapa pun,cuak dow.Rupanya ada 2 orang kena paling teruk.Nama dirahsiakan,nak tahu full story jumpa aku,ihix.Tapi memang lah,experience,bayangkan if balik dari lunch,nak mandi siang,kau boleh dengar member kau sendiri menjerit-jerit non-stop tapi terpaksa lah buat bodoh and ambil tidak peduli sedangkan dalm hati tu dup dap dup dap takut.Mas Aida once said,itu hanya psychology aje,mainan perasaan,so don’t be afraid,ewahh.Ada one time,prep malam tu,tiba-tiba sayup kedengaran orang menjerit terkena histeria lagi ‘aiseyman,ade lagi,cuak nya’ aku bermonolog di dalam hati.Buat halaqah,baca yassin dalam class,pegang erat with each other,kuatkan semangat semualah.Ish,kalau boleh aku tak nak dah alami mende macam ni,minta dijauhkan ya Allah,amin.

****************************************************************************

Em,dulu kan,dulu lah,time form 4,saya ada cubemate.Tapi cubemate saya sangat malu dengan saya,tak serasi semua,tapi kami tak gaduh,cuma memang tak ngam choii la orang cakap.So,if aku ada dalam cube,dia memang tak duduk la sekali dalam tu.Amy selalu gelakkan aku,hahaha.Amy amy,teringatkan dia,chubby betul sekarang ni time jumpa kat reunion last year.Back to the story,so aku dan cubemate aku pun berperangai sedemikian sehingga la hujung tahun.Iskh,sadis betul.Aku try gak nak kawan-kawan sembang dengan dia,but looks like dia lebih suka dengan dunianya sendiri,so I can’t do anything.

*************************************************************************

Time form 4 ada cikgu baru ajar add math class aku.Cikgu laki lah tapi.Aku dah tak henggattt nama dia apa.Tapi boleh tahan handsome lah.Specky,muka innocent je.Pastu selalu gelabah gelabah time ajar dalam class,eheee.Any former student from mrsm taiping,ingat tak siapa?

Aku tak suka sejarah,tapi entah macam mana asyik skor je,ahaha.Maybe sebab cikgu azhari kot.Dia antara cikgu yang agak garang dan agak sarcastic di dalam class.Agak cuaklah gak class dengan dia.Boleh kena berdiri atas kerusi kot,warghhhhh.Aku pernah kena dengan dia pasal friendster,hadoii laa,pasal tu pun nak perli,iskh44.

Cikgu Saadah was one of my favorite teacher.Dia ajar time form 5.Dulu dia agak kerek la,masa mula-mula nak ajar class aku,dia takde intention and not interested langsung nak ajar class aku,katanya ‘no offense,saya bukan tak nak ajar class ni,tapi prefer lagi nak ajar class satu’ dia appeal nak ajar class satu balik,tapi tak dapat.Tapi last-last,happily ever after je,ahaha,gila best dia ajar.Skor habis habisan la add math ni,eheeee :D

Ada sorang cikgu class aku merangkap cikgu homeroom aku,nama dia cikgu rospazita.Ahahah,dia sangat cun oke,I mean like,gila gila cun lah.Seronok kawan dengan dia.Baik aje,tapi sekarang dah pindah mrsm batu pahat kot ikut husband.Iskh,memang dah lost contact,maybe dah tak ingat aku ni.

*banyak lagi cerita pasal cikgu,tapi macam tak cukup ruang pulak,ehee*

************************************************************************

Aku rasa,time kat taiping semangat batch tu kurang sikit.Masing-masing ada click sendiri,tak support each other sangat,buat hal sendiri aja.

************************************************************************

Dulu ada kes student laki raba bontot student perempuan,gila takut.Yang terlibat,terpaksa dirahsia kan.

*************************************************************************

Dulu if outing,naik teksi je.nak number telefon?8085885,wahahaha,aku masih ingat weh.Sebab tu memang kerja aku telefon teksi setiap kali nak outing.If outing,pergi mana je pun,the store,mcD,makan kat food court banyak tikus tu iskh444,jarang sekali pergi doli.Oh oh,pastu pergi kedai buku popular,favorite place.

*************************************************************************

new addition from rae :D

baru teringat,dulu selalu lari-lari pergi DS for lunch.Habis class je,terus pecut lari.Pastu,selalu cuak if tengok ada class lain dah balik dulu.Yelah kan,nanti sure queue panjang so lambat makan lunch,wuuuu,tamooo.Tapi yang muka-muka selalu lari lari pecut sprint semua ni,budak class aku si shu (ketua ni,ehe) chix rae anai syida ade ke ekh? macam tak je,hah~ eni,orie.yeah,ini muka-muka tetap,tapi terima kasih juga untuk mereka sebab pasal dorang lah kami yang malas nak lari ni dapat makan awal,ahahaha :P thanks!

Itu je kot yang aku dapat recall.If ada lagi,do tambah oke,ehee

di sini tempatnya hari-hari perhimpunan pagi,baca doa,baca ikrar,baca asma’ ul-husna motivation talk kena sound etc etc.

hohh,dulu time takde pun bangunan ni,iskh444

iye,MARESMART memang terbilang~

hak bersuara dikongkong?

Dearie bloggie,

if you’re reading the newspaper,you’ll know that from the authority,the newest rule for all blogger and website developer is to watch out every single word that we type and publish it into the network.Korang sebagai hamba kerajaan,what should you say?I don’t read throughout the article regarding this matters,baca yang penting-penting je kan,but one thing for sure la,they come up with this rules after kalah teruk time PRU.They did win,but loses 4-5 states to parti pembangkang.I’m not a big fan of politic,but,as you can see,they claim that one main reason they lose is because of this bloggers and website owner yang meracuni pemikiran rakyat yang membacanya.I’m no one to comment on this thing,but susah lah macam ni kan.Right now,nak expressing yourself pun terpaksa like very cautious and all.Leceh.I mean like,you have your own opinion but you got stuck to express it because of this.Somewhat you can be sue one day if you’re giving false and fake statement.Sue pula bukan ratus ratusan,tapi juta-jutaan.Like the news recently.About what?sila selak any online newspaper.Cari sendiri.I won’t comment on that either.Takut kena sue.

The thing is,you must have a guideline to deliver your thoughts.So,I think,blogging is not the safetest way anymore to do that.Hak bersuara telah disekat!

*i’m not rebelling,just expressing my thoughts :P *

masjid besi.

Dipetik dari akhbar sisipan utusan,MEGA,5th May 2008.

front page.

second page.

full report,here.

foot note:I am indeed very proud of him.

alia sabur vs sufiah yusof

dearie bloggie,

as I was eagerly surfing the internet (macam dah takde kerja lain nak buat) I was stunned and fascinate by the news from yahoo! news,saying that a teenage girl age 18 years has currently become a professional university professor *jaw-dropping mode* her name is alia sabur,and I bet that no one has ever heard of her name (sebab aku tak pernah dengar kot,unless it is sufiah yusoff)

she’s genius.gifted.IQ beyond the ordinary.I mean,she’s super duper duper duper extraordinary.Special.You can briefly read her profile,resume and so on from the link.Malas nak cerita panjang-panjang.But,frankly said,she’s one of a kind.Talented in music,brilliant,super genius.She couldn’t asked for more.

Yea,I wrote this entry just to compare between these 2 geniuses,alia sabur and sufiah yusoff.As we all know,on march 08,we’ve been shocked by the news of sufiah yusof that has become a prostitute. *jaw drropping mode again* after the news of marrying a trainee lawyer from oxford that only lasted for 13 months (I think I read the news during form 5) she’s not special anymore.She’s claiming that the main reason that she’d become a prostitute is because of her father.The way her father treat her and her siblings,she pictured it as living in hell.I read from the article,about this hot-housing method.That’s why her siblings semuanya genius,but in a tortured way.If I’m not mistaken,her dad will wake them up in the middle of the night,forced them to study.If not,he will slapped them.Taken from one of the article regarding sufiah’s matter,

“Ten years before, Farooq Yusof had been lauded as a pioneer in hothousing - the intensive personal tutoring of young children.The subject of his experiments in education were his five children. Early life for them was a regime of spartan intensity.The temperature in the family home was always low to ensure their attention, morning prayers were followed by stretching and breathing exercises.Television, pop music and anything else that might lead to “shallow thinking” was banned. Fresh air, said Yusof, was essential for a fresh mind.


PUNCHING helped as well.”

it’s insane.No wonder sufiah had transform herself from being a child genius to slut,ops,I mean prostitute.Orang cakap,takde life~hmm,life-tortured.

*I thought want to post a pic of her,in nudity,but then,karang orang cakap I pervert pula,so tak jadi lah*

Wah,her stories are so interesting and now I realized that I only talk about sufiah,instead of alia sabur yang incredible itu,hehe.

Oh Alia Sabur,can I eat your brain? Manage to read when you are 8 months old,are super awesome~.

gahaaa~