doktor.

2008 November 20
by mysourha

Aku masih ingat,sejak aku kecil lagi aku sudah ada satu impian.Satu cita-cita.Satu harapan.Satu misi.Untuk direalisasikan pabila aku besar kelak.Aku senantiasa menunggu saat itu.Saat dimana impian itu bakal aku laksanakan.

Impian,cita-cita dan harapan yang aku maksudkan di sini ialah untuk menjadi seorang doktor yang berjaya.

Doktor apa yang dimaksudkan di sini,aku sendiri pun tidak pasti ketika itu.Doktor haiwan,doktor bedah,doktor gigi atau doktor sakit jiwa? yang aku tahu,sejak aku di bangku tadika lagi aku sudah ada passion untuk menjadi seorang doktor.Aku ada macam macam set permainan doktor semasa aku kecil dahulu.Semua rakan-rakan aku,aku treat sebagai pesakit dan aku adalah doktor yang ultrapower di mana semua penyakit boleh aku ubati.Aku suka menjadi doktor ketika itu.Aku dapat rasakan aku akan menjadi seorang doktor yang berjaya kelak.

Menginjak ke umur 16 tahun,di saat aku mula mempelajari anatomi manusia di dalam subjek biologi,aku rasakan sukar.Subjek itu bagi aku,memerlukan aku menghafal pelbagai nama yang pelik-pelik.Bukan aku tidak boleh menghafal,namun hati aku tidak ke arah itu.Aku mula memikirkan semula impian aku selama ini untuk menjadi doktor.Untuk berjaya sebagai doktor,anatomi manusia perlu dipelajari,dihafal dan difahami dengan baik.Jikalau tidak,bagaimana ingin merawat pesakit? bagaimana ingin mendiagnos dengan betul? ini adalah antara hidup dan mati.

Perasaan untuk berjaya sebagai seorang doktor semakin pudar dari tahun ke tahun.Aku tidak lagi mengimpikan diri aku memakai kot putih doktor itu dan stetoskop yang akan kuletakkan di leherku.Namun,sisa harapan itu masih ada,cuma the desire untuk ke arah itu semakin berkurangan.Harapan aku agak berkecai dan sudah dijangka bila biologi spm aku hanya pangkat B3.Sudah ku agak~

Aku ada menerima surat tawaran menjadi medical student di russia.Aku pun hairan mengapa aku tolak offer tersebut.Mungkin kerana pengaruh rakan-rakan yang mengatakan russia banyak bom.

Dan,akhirnya aku tersesat mengambil bidang engineering,di mana suatu ketika dahulu,aku pernah berkata,

ergh,aku takkan sesekali ambil course engine,it’s just not my thing.

Betapa kereknya aku dulu.Tapi,orang kata tak kenal maka tak cinta.Aku bukanlah sepenuh hati tidak menyukai course ini,namun dahulu tidak pernah terdetik di fikiran aku untuk mengambil engineering.Doktor sahaja di hati,haha.Sekarang ini,alhamdulillah,masih boleh bertahan even masa awal-awal dulu aku agak lingkup dalam course ini.

Tapi,apa-apa hal pun,aku masih ada sedikit feel untuk bidang kedoktoran ini.Mana tidaknya,aku minat cerita grey’s anatomy,private practice,ER,house dan anything to do with doctor stuff.Memang sangat excited.Aku tahulah juga term-term yang selalu doktor pakai di hospital,CT scan,MRI,EKG, dll.Ehe.Tiba-tiba rasa macam zaman aku kecil dahulu,berangan untuk menjadi doktor.

Mungkin semasa study untuk master,aku boleh ambil minor in surgery?

monster_hospital_by_angelthanatos



No comments yet

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS