yoga.

2008 November 1
by mysourha

Sejak dari awal semester lepas aku teringin nak join yoga.Teringin sebab apa? Jujur aku katakan seronok tengok mereka yang berpakaian baju ketat dan wet pants longgar sambil membawa tikar yoga di bahu.Macam macho je.Konon-kononnya seperti mengamalkan budaya hidup yang sihat dan cergas dan cerdas.Mana tidaknya,usai sahaja kelas petang sekitar jam 6,terus ke kelas yoga.Fuh,habis macho lah tu,hehe.

Tapi angan-angan hanya tinggal kenangan.Aku pendamkan sahaja keinginan itu lantaran kemalasan yang menebal dan tidak ada moral support yang memberangsangkan dari rakan-rakan serumah,hahaha. *sebenarnya sebab tidak ada kawan nak join sekali* Lalu sampai ke penghabisan semester pun aku tidak berpeluang walau seinci untuk cuba senaman yoga yang digembar-gemburkan boleh menguruskan badan dengan lancarnya.

Tapi,jeng jeng jeng,berita yang aku baca di surat khabar baru baru ini amat mengejutkan aku.Berdasarkan kefahaman aku,seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa telah menasihatkan orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Memesongkan akidah?

Itu persoalannya sekarang.Sejauh mana yoga dapat memesongkan akidah kita sebagai seorang umat Islam? Sebab musabab utamanya ialah kerana amalan senaman harian itu mostly mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera. Wao,itu agak scary.

Aku furtherkan research aku *konon je* untuk mengetahui yoga dengan lebih lanjut.Well,macam biasa akan aku layari laman web wikipedia untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai senaman yoga.Secara kasarnya,definisi yang aku copy paste dari wikipedia berbunyi,

Yoga (Sanskrit: योग, IAST: yóga, IPA: [joːgə]) refers to traditional physical and mental disciplines originating in India; to the goal achieved by those disciplines; and to one of the six orthodox (āstika) schools of Hindu philosophy.[1][2]

No wonder ada unsur-unsur india.Originating from India la katakan,hehe.And yoga pun ada dia punya major branch,iaitu;

Aku malas nak further research pasal jenis-jenis yoga ini.Sesiapa yang rajin,boleh la buat kajian dan tesis mengenai yoga-yoga di atas.Kemudian,cerita pada aku ya?

Dari apa yang aku petik sedikit dari artikel wikipedia ini,Yoga is intimately connected to the religious beliefs and practices of the Indian Religious.

Nah,sudah nyata lagi bersuluh.Seram sejuk juga aku membacanya.Walaupun tujuan dan niat kita beryoga adalah hanya untuk kesihatan diri *disamping mahu menguruskan badan,yee,mengaku je laa* tapi perbuatan yoga tersebut boleh membawa kita melencong ke arah yang lain tanpa kita sedari.

Belum ada lagi hitam putih dari authority mengenai status senaman yoga ini.Tapi,yang aku tahu,fatwa mengenai yoga ini akan diumumkan jumaat depan.Sama-sama kita tunggu apa keputusannya.Waahhh,dah macam tunggu result exam pula.Hehe.

Oleh itu,kesimpulannya,untuk senang cerita la orang cakap,sesiapa yang sedang mengamalkan senaman yoga ni,eloklah berhenti.Untuk kebaikan masing-masing.Banyak lagi cara-cara untuk mendapat tubuh badan yang sihat *disamping nak menguruskan badan* seperti tai chi.Oh,adakah tai chi datangnya dari negara china dan dicampur adukkan dengan agama cina? (christian,budhha) malas la nak buat research.Senang cerita,pergi gym,naik treadmill,cari trainer hot,confirm kurus dalam masa dua minggu,percayalah!

Selamat bersenam!



16 Responses leave one →
  1. 2008 November 2

    huhu..maybe i shud stop yoga-ing myself too~

  2. 2008 November 2
    Sya. permalink

    I think practising yoga will not ever convert you to another religion because People do yoga to maintain their health or as a lifestyle or for fun..Banyak lagi benda lain yang perlu difokuskan like muslims drinking alcohol in public?
    Yang i think semakin hari semakin bertambah jumlah dia and ramai orang tak segan silu nak mengaku they drink. haaa..itu silalah banteras secara kekerasan. Kerana ternyata dalam Al-Quran itu yang arak itu adalah haram. Buat apa lah nak mengacau keamanan pengamal yoga yang sedikit di negara kita? Let they do their business lah.

    xoxo.

  3. 2008 November 2
    mysourha permalink

    wanis:hehe,belom ade kata putus lagi,so dun stop yoga-ing untill dh ade hitam putih from the authority :D

    sya:good point of view,pasal muslim yg drinking tu,maybe mereka nk tunjuk macho or gagah perkasa or rebel tak tentu pasal.pucuk pangkalnya,tepuk dada tnya selera.jika itu yg mereka mahukan,sila kn buat.bukannya tidak belajar,bukan setakat semasa di sekolah menengah,malah zaman sekolah rendah pun ustaz dan ustazah kata arak itu HARAM.tapi,muslim remaja sekarang hati batu,hati kayu,hati hitam,yang mana yang dilarang,yg itu dibuatnya.kita tidak boleh halang,cakap sekali mahu dihayunnya dengan botol arak.Tapi,apa-apa hal pun,amar ma’ruf nahi mungkar.

    Pasal yoga pula,memang secara terangnya ia bukan mengajak kita convert our agama.Tapi,jika dilihat secara halus dan telus,perbuatan yoga ini boleh lead kita ke arah terpesongnya akidah.Mana tahu,pergerakannya itu adalah jenis-jenis orang india sembah tuhan mereka,iaitu dewa.Kita tak tahu.contohnya,sama juga caranya macam orang cristian buat aksi salib di tubuh mereka (kepala,dada,lengan kiri,lengan kanan) itu perbuatan sahaja.Jika kita sengaja buat tanpa ada niat apa-apa pun,but still perbuatan itu masih boleh memesong kn akidah kita.
    Wallahualam.
    papehal pn kite tgu fatwa pasal yoga hari jumaat ni ye.

    :D
    hehe.

  4. 2008 November 2
    Sya. permalink

    Yes, let’s wait for friday. and oh! eye candies at the gym are surely a motivation. hahahaha. but tak sukalah guys yang saja jer buat bunyi “aarghhh” bila tengah angkat berat or yang berkaitan..like..”kau buat senyap boleh2 tak?, jangan rasa macho berbunyi “aarghh” grr..grr.

    xoxo.

  5. 2008 November 2
    Sya. permalink

    *kau buat senyap2 boleh tak?* salah construct ayat. hehe.

  6. 2008 November 2
    mysourha permalink

    sya:ahaha,baru aa rs mcm tough gile if kuar that kind of voice ;p lenkali time dorang exercise,kite selotape mulut dorang,amcam?

  7. 2008 November 2

    yoga xberdosa la klu u guys x amalkn meditasi yg merepek2 pk cam agama hindu wt tu..wt je cam byase.jgn pegang pegangan mereka.cam ktorg nari tarian india..ade buka tari..tp jgn selitkn ngn niat2 xelok.buat saje utk respek kaum india…or cikgu.klu xde cikgu…ktorg xbukak tari pun.
    yoga menggalakkan flexibility n breath cntrl

  8. 2008 November 3
    mysourha permalink

    erin: wahhh,panass nampaknye topik ini,thx for ur pov cik erin :D kite sama-sama tgu hari jumaat ni apa kata orang atasan,haha,hidup tarian! X)

  9. 2008 November 3

    Aku ader terdengar gk bende ni kt radio and frankly aku kurang bersetuju dengan prof tu.Bkn ape,aku masuk gk yoga mmu tp beginner la..tade plak bace2 mantera ni,tataola kalo yg advance2 tu ade..tp as a muslim kte ignore je la mantera tu.takpyh bace,and just niat nk riadah not more than that.Dari segi pergerakan tu,yes,ade la ade unsur2 hinduism.but if kte tak berniat utk memuja ke ape rasenye tak salahkan?Macam bace zodiak gk..tak salah nk bace..tp kalo dh percaye bulat2 dh syirik kan?

  10. 2008 November 3

    pna dgr cramah bout perbezaan yoga n solat.SERIOUSLY solat lg byk kelebihan than yoga.Klau mendalami yoga tu actually byk bnd dlm yoga yg dikhuatiri memesongkan akidah.kene kajila..=)

  11. 2008 November 3
    sikurus permalink

    hum aku pon br igt2 nk yoga.. hahha.. tp aku terkejut jugak dgr menda tuh kt radio kot haha tp xla semangat research2.. hmm tp tahla.. ni pendpt aku la.. no offense.. silat pon kekdg le jdk.. berdose kalo dh msk bab2 de mantera2 tuh kn? heh aku xpenah msk silat. haha tggu je la jumaat. kang ko btau yeh. haha

  12. 2008 November 3
    mysourha permalink

    silat ade mantera gk ke? xtaw plak aku,haha.sesiapa yg pakar silat,tlg perjelas kn boleh? kami kekanak br blajar,hehe.alright,i’ll update as soon as the fatwa been release.

  13. 2008 November 4

    yupp..silat tu actually xelok la..senang je nak tau knpe die xelok.tok guru aku kate.tgk link kat page aku.ni perbualan die dgn sorg budak yg tanye pasal silat:

    a:silat tu sape ajar?
    b:tok guru saye
    a:die blaja dr mane?
    b:tok guru ats tok guru ats tok guru n so on
    a:so ape slh 1 bnd pntg tok2 guru tu kene buat?
    b:emm..bertapa
    a:bertapa kat mana?
    b:tpt2 sunyi.dlm utan mostly
    a:bpe lme?
    b:agak lama la.
    a:die solat tak time bertapa tu?
    b:emm..x

    haa..dpt x jwpn die?fikir2kan.renung2kan.huhu.kene bukak topik baru ni mai..

    sekadar berkongsi =)

  14. 2008 November 4
    mysourha permalink

    syida:wah,yeke,pergh,tekejut aku,yela kan,slalu dorang bertapa dlm utan,bwh air terjun,bile nk solat plak kan? thx btw for the info syida,ade lg bole la nk tmbah2,kite wat open discussion,hehe,nk bukak topik baru psl silat ni kne ade guidance dlu,kang slh sebut mau disilat nye aku,kang boleh pulak terkene macam2 jurus,cuak ekh,huhu.

  15. 2008 November 4

    em..kalau tekwando ke sme jugak.dey all ada pertapaan jugak.so pendinding terbaik kate tok guru aku:ZIKIR.hehehe

  16. 2008 November 4
    mysourha permalink

    alysha:yeah,tuh la pasal,agk kecoh psl mnde ni sbb mostly kn skrg ramai orang yg dh join yoga for their healthy lifestyle,tibe2 ade org ckp mnde ni boleh memudaratkan akidah or pegangan kita,btw it’s a good point of view aly,aku rase prof ukm tu kena masuk debat kat tv tu,biar die explain sebab musabab nye,biar nyata jelas dan surih,hehe.pasal bc zodiak tu pun sama lah jugak kot,mmg tak boleh percaya LANGSUNG but sometimes we tend to get excited gak bile apa yg diberitahu mcm kene je dgn life kite,but still jgn depends on zodiak.awesome example.so after this kite boleh bukak topik zodiak dan silat ey? :)

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS