muhasabah.

2008 August 30
by mysourha

kad raya virtual aku tahun lepas.

dearie bloggie,

ramadhan bakal tiba.tidak lama lagi.tak jauh pun.esok je :) rasa macam baru semalam beraya di kampung halaman tiba-tiba ramadhan muncul kembali tepat pada masanya.begitulah masa,bergerak tanpa henti,dan tanpa kita sedari.

azam aku pada ramadhan tahun ini,semoga aku berkesempatan sembahyang berjemaah terawih di masjid (sembahyang sendiri di rumah kurang masyuk) banyakkan membaca al-Quran sama ada pada waktu pagi petang malam dan kurang membuat dosa.semoga berpuasa dapat menahan aku dari semua godaan nafsu.

awal tahun tempoh hari,aku asyik ragu-ragu sama ada aku sempat untuk menyambut ramadhan dan syawal kerana sakit ini,namun Allah masih memanjangkan nyawa aku,alhamdulillah.

akan aku gunakan kesempatan ini memohon keampunan dan keredhaan daripada Sang Pencipta,Allah SWT.

mohon maaf juga kepada sesiapa yang aku pernah terkutuk tercaci termarah termasam muka tergedik dan segala macam ter.aku hanya manusia yang lemah.semoga kita sama-sama berlindung daripada hasutan syaitan laknatullah.

oke,esok dah mula terawih.jangan malas.

dan lusa pula puasa.tahan,jangan tak tahan.

FIN.

2 Responses leave one →
  1. 2008 August 30

    sakit?? sakit ape? slamat bpose!!

  2. 2008 August 30
    mysourha permalink

    sakit,aaa,sakit,aaaaaaa,ym ekh? :D

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS