Half-Conservative.

2008 July 21
by mysourha

Banyak perkara yang berlaku di muka bumi ini.Ada yang boleh diterima akal.Ada yang kita boleh campak fakta itu bulat-bulat ke dalam tong sampah.Hanya akal dan minda kita boleh membezakan yang mana benar,yang mana salah.Mana hak,dan mana yang batil.Aku juga bukan sepenuhnya non-konservatif dalam semua perkara.Orang boleh cakap aku kolot tapi apa yang aku fikirkan dan tindakan aku ke atas pemikiran aku itu adalah bertitik tolak dari gaya aku mencerna maklumat tersebut,mungkin juga ia logik,mungkin tidak.Ya,aku masih 21 tahun,masih kurang membaca,masih kurang menuntut ilmu dunia.Aku masih punya displin untuk mengehadkan segala tindak tanduk aku dalam menjalani kehidupan seharian. Namun,konservatif itu subjektif.Mungkin apa yang aku tidak boleh terima,mungkin kamu boleh,vice versa.Terpulang kepada hak individual masing-masing.

1.Tudung.

Nampak sahaja remeh *hal musabab agama,mana boleh diremeh-temehkan* namun ini salah satu perkara yang sangat obvious yang aku boleh nampak dikalangan rakan-rakan aku.Sekejap on,sekejap off. Ikut suka hati dia sahaja nak tutup buka,macam makan kacang lagaknya.Aku tidaklah anti golongan manusia seperti ini namun ada sedikit rasa jelek di dalam hati aku,melihatkan perangai yang sedemikian rupa.Nak buka,buka terus,nak tutup,tutup terus.Biar konsisten,biar istiqamah dalam sesuatu hal contohnya seperti ini.Aku bukannya baik sangat,ada juga pernah terfikir “entah-entah buka tudung lagi menarik kot? ” nauzubillah,minta dijauhkan.Aku cuba untuk menjadi baik,jangan halang aku,ok? Untuk permulaan,cuba untuk pakai tudung dan tutup dada dahulu.

2.Aku tidak minum beer.

Orang kata,muda-muda inilah masa untuk bersuka ria.Girang gembira,cuba itu ini.Gam,kokain,ganja,rokok *sila baca nikotin,itu dadah,ya bukan? * semua yang mengkhayal lagi mengasyikkan.Beer salah satunya.Buat hilang stress,mereka kata.Sedap sangatkah beer?Oh,jangan tanya aku kerana aku tidak pernah sekalipun merasai air penghilang stress itu.Tidak tahu pula suatu hari nanti ada orang sengaja memboikot aku dengan menawarkan air itu kepada aku di dalam cawan yang nampak innocent sahaja.Namun,aku teringin untuk mencuba shisha.Mesti sedap sebab ada pelbagai perasa yang enak-enak.

3.Aku masih suci.

Suci dari erti kata lain,tidak pernah melakukan s*** atau zina.Zina kecil,mungkin pernah.Iskh.Mereka kata,zaman sekarang,tak buat s*** itu kolot.Pandai-pandai buat statement macam itu.Sudah lama hidup agaknya.

4.Aku tidak high sosial.

Aku tidak pandai bergaul sakan.Cuma dengan rakan terdekat sahaja tahu perangai aku yang sebenar.Jika tidak,kiss my ass.Eh,bukan.Jika tidak,mereka akan menganggap aku seorang yang sombong dan tidak berapa peramah.Untuk menjadi peramah ada banyak cara.Peramah gedik adalah yang paling cepat untuk bersosial,dalam pemerhatian aku.

5.Aku tidak baca akhbar Harakah.

Sengal dalam arena politik.Aku tidak kisah.Asalkan aku nonkrong debat antara Anwar dan Shabery Cheek.Seorang tidak ada pun point-point yang jelas untuk menurunkan harga minyak.Yang seorang lagi,suka menerjah dan menyalahkan keperibadian pihak lawannya.Haa,baguslah tu.

6.Aku tidak tahu fashion semasa.

Aku melanggan majalah CLEO setiap bulan.Namun,cakaplah apa sahaja jenis fashion.Vintage,hispter etc.Aku tidak tahu apa-apa.Aku cuma tahu pakai apa yang selesa bagi aku dan sedap mata AKU memandang.Peduli apa orang lain yang pandang.

7.Aku masih setia menunggu.

Di saat semua orang sudah bertukar ganti,aku masih setia menunggu.Oh,tetapi sekarang tidak lagi.Blekh.Aku akan menjadi kuat,konon-kononnya.

8.Aku tidak pernah berdating berdua.

Bila ada dua insan yang berlainan jantina duduk berdua-duaan dan bukan mahram *pergi shopping atau ke taman bunga,sungguhpun ada orang lain,namun kamu berdua sudah tentu gerenti berada di dunia yang kamu ciptakan sendiri bukan? kira berduaan jugalah tu* maka,wujudlah pihak ketiga,bukan si perampas,tetapi makhluk bertanduk dua syaitan laknatullah itu sedang menepuk-nepuk tangan sambil menambahkan nafsu serakah dalam diri si perempuan dan si lelaki.Iye,aku memang bijak berkata.Cuba kena atas batang hidung aku sendiri? Nauzubillah.

9.Aku meniru gaya blogging seorang blogger dan juga entry-nya.

Aku cuba meniru gaya seorang blogger berblogging di blognya.Wah,banyaknya B L O G.Credit harus diberikan kepada beliau kerana memberi aku idea sehingga tercetusnya entry ini walaupun ada sedikit isi di atas dicedok dari entry beliau.Sedikit sahaja,mind you. Terima kasih kepada beliau.Sekurang-kurangnya otak aku ligat memikirkan apa yang sepatutnya aku fikirkan.

Sekian,itu sahaja dari aku.Mungkin ada point yang aku tertinggal.Tapi,aku masih separuh konservatif.Bukan sepenuhnya.

16 Responses leave one →
  1. 2008 July 23

    good entry u hv here! waiting up for more~~ hehe..

  2. 2008 July 23

    Hehehe.
    Best2… Ko lebey kurang ak laa mai. Bg aku ade 2; Modern vs. Conservative.
    I wanna be none of em. I just wanna be. Ikut agama yg paling baik. dan, nila kita ikut agam dengan betul, we’ll be neither modern nor conservative. Just be a moderate Muslim, yang tahu halal dan haram. Senang. Betul x?

    Jaga agama, InsyaAllah Allah jaga kita. :)

  3. 2008 July 23
    mysourha permalink

    awanis:hehe,yeah? aku pun enjoy je tulis entry ni,ihi~ yeah,wait for my another entries yup!
    zul:which means u are half conservative la kan? and half modern as well,aicecee,tamak tuu,nak 2-2,hihi insyaAllah kite same same menegakkan agama di jalan yang benar,amin :D

  4. 2008 July 23

    Hahahaha.
    dunia ngan akhirat kene seiring! kui3..

    Mari2!

  5. 2008 July 24

    salam mai..uwah!
    mai da celok idea ain dulu. baru nk tulis pasal; saya konservatif? hu3 nvm. nice entry n byk unsur peringatan even its all about urself.

    keep it up gurl! ;)

  6. 2008 July 24
    mysourha permalink

    dr tajuk entry pn da taw ‘knp saye half conservative’ so musti aa ad unsur2 psl diri sndri hehe
    yeke yeke,ain tulis la jugak,nnt boleh kite tukar-tukar idea ye :D

  7. 2008 July 25
    umn permalink

    xpe, kuatkn semangat mai. hidup kita ada tujuan di akhir nanti. xperlu conservative2 or liberal2, janji ia seiring dgn tujuan hidup kita. aku ada final 15 minit lagi nie, gtg.

  8. 2008 July 26
    mysourha permalink

    syafiq:yeah,smoga kite bersame-same berusaha mnjadi yang terbaik utk kebaikan kita di akhir nanti :) iAllah.

  9. 2008 July 26
    mysourha permalink

    and yeah syafiq,all the best iin ur final xm~ :D

  10. 2008 July 26
    umn permalink

    ngeh2.. dah abes exam tadi.. aku blk malaysia august nie. any plan? huwa2, cam lama je balik. 2 minggu je. bnyk menda kena xsiap lg kat sini. hurm~..

  11. 2008 July 26
    mysourha permalink

    syafiq:eh?yeke?ktorg nk wat mini reU around ogos,jom?

  12. 2008 July 27

    bg aku, aku bukan conservative, liberal, mahupun apa-apa label pun.
    selagi kita ikut Islam, banyak mende yg berlaku kt dunia ini ikut situasi. (kebiasaannya sederhana mengikut Islam)
    Ada situasi kita kena sederhana, ada situasi yg kita knea menentang sekeras2nya(eg maksiat) walaupun orang lain beranggapan kita konservatif dan menentang bila kita ditindas dan dizalimi walaupun dianggap liberal. namun mende2 ni biase nye org barat suke gunekan istilah ni dan melabelkan sesuatu golongan yg ikut agama itu sebagai konservatif. lagipun, mereka cnederung kepada pemikiran liberal iaitu papepun fight for their rights walaupun tak melihat pada kedua2 belah side whether positif atau negatif. bg mereka ramai drpdf mereka sape yg kut agama ni kuno. kalau kita nk fight for our right kena tgk Al-quran n sunnah, then menilai dan berfikir kita ikut islam atau tidak. bley ke tidak. apakah situasi die etc. Islam tu kan syumul. =)
    nway kita semua kan insan yg mudah lupa dan lalai (biase le tu aku pun selalu terlalai, so selalu ingatkan aku dan tegur aku) dan inginkan yang terbaik dan jadi terbaik pada diri kita masing2. itu cuma pandangan aku saja.=)

  13. 2008 July 27
    umn permalink

    aku ada kt sane august 11-25.. mari2 wat xtvt.. haha..

  14. 2008 July 27
    mysourha permalink

    syafiq:skjp aje ko cuti,asal? aaa,akan dibincangkan bersama dak2 clas kite yg lain,papehal aku update ngn ko.

  15. 2008 July 28
    umn permalink

    aku cuti sebulan (august) nie. tp cam bnyk menda kena wat. waaa…

  16. 2008 July 29
    mysourha permalink

    bob:wao~ nice point of view ;) so,to conclude,kite perlulah menjadi moderate dlm semua jenis keadaan,tol x? ehe. hidup ISLAM! :)

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS